Sabtu, 4 Mei 2013

Pernah check website Lelong.my tak? Tak tahu macam mana nak shopping di situ? Itu adalah tempat shopping online kegemaran Sha.. Sebenarnya website ni khusus untuk sesiapa yang suka membida barangan.. Tapi banyak juga penjual yang menjual terus tanpa perlu membuat bidaan..

Jom Sha tunjukkan cara nak shopping di situ..

1-Cari di laman carian google atau mana-mana laman carian lain..Cari website Lelong.my atau klik di www.lelong.my ni..

2-Sekarang Jom kita register dgn website ni dulu. Bagi yang pernah mendaftar.. just login terus ok.

3-Lengkapkan maklumat anda di setiap bahagian yang perlu diisi..

4-Done. Now jom kita shopping.. cari item yang ingin dibeli or di survey di bahagian kategori di bahagian kiri website atau boleh juga terus cari di bahagian 'search' untuk item yang anda ingin beli

                           

5-Now.. keluarlah segala item berkenan apa yang anda cari tadi di sini..
Klik mana-mana item yang anda berkenan atau ingin beli.. 

6- Disebelah kiri akan menunjukkan profile si penjual dan jugak anda boleh klik untuk tengok barangan & item lain yang dijual oleh penjual yang sama dari situ.. klik di bahagian kiri tu untuk tahu ulasan pengguna lain dan rating yang diberikan kepada penjual hasil dari perkhidmatan yang diberikan.

7-Anda boleh scroll ke bawah untuk melihat maklumat lanjut tentang barangan, cara pembayaran & penghantaran serta sebarang soalan yang diajukan kepada penjual tersebut..
Scroll hingga bawah & anda akan nampak ulasan pembeli yang pernah membeli barang yang anda nak beli ni..
  
Bila dah check semua, apa lagi.. scroll ke atas semua dan klik ' buy now' ...

8-Update atau lengkap kan maklumat penghantaran serta buat pembayaran kepada si penjual.. Apa pun sebelum membayar, pastikan penjual sahkan bahawa barang atau item tersebut sedia ada stok..

9-Kalau tak paham juga... cari panduan pengguna lelong di bahagian paling bawah website tersebut.. Anda boleh mendapatkan panduan yang lebih jelas di situ..

                           

Nota* 
Bila dah beli, sekiranya barang tak sampai lebih dari masa yang dijamin, anda boleh la berhubung dengan penjual melalui PM (Personal message) atau hubungi atau email terus kepadanya. Jika penjual tidak memberi maklum balas, anda boleh mengemukan kan pertanyaan & complain pada Lelong.my terus. 



Ahad, 28 April 2013

Sekarang ni dah semakin banyak website atau blog yang menawarkan produk secara pembelian online. Tapi masih ramai yang ragu-ragu sama ada betul atau tidak sesuatu website dan blog perniagaan tersebut.
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum kita menjalankan aktiviti pembelian di internet bagi memastikan kita tidak ditipu dan kerugian wang sendiri.
Ok. Ini sedikit tips dari Sha sebelum anda shopping secara online terutamanya kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan shopping online ni. Harap dapat membantu serba sedikit.

1) Sebelum shopping, pastikan betul-betul laman web shopping tersebut boleh dipercayai atau tidak. 
   - Cuba search di laman pencarian tentang web tersebut dan lihat sama ada terdapat mana-mana blog yang  mengkritik web tersebut mahupun tidak.

2) Pastikan anda tahu apa yang tahu apa yang anda ingin beli
    - Ini supaya anda tak membazir duit anda yand di dalam akaun dengan perkara-perkara yang tidak perlu.

3) Bila dah tahu apa yang anda ingin beli, lihat pada harganya.
     -Nilaikan harganya + penghantaran berbanding harga di luar. Mana satu yang lebih menguntungkan.
     -Kalau apa yang anda beli sukar dicari/tidak didapati diluar, bandingkan harga dengan web online shopping yang lain. (Ini supaya anda tidak menyesal kemudian..)

4) Kaji pembekal atau si penjual barangan atau perkhidmatan tersebut.
    - Kaji latar belakang syarikatnya. Sama ada dari latar belakang baik atau tidak.
    - Pastikan terdapat maklumat email,no telefon/alamat perniagaan tersebut. (Ini menunjukkan si penjual
sangat boleh dipercayai)

5) kaji pembeli terdahulu
    - Lihat sama ada pembeli terdahulu memberikan tindak balas /komen positif terharap penjual/pembekal
    - Lihat berapa banyak yang memberi tindakbalas negatif kepada penjual (Ini akan membuat anda berfikir
panjang sebelum membuat pembelian)

6) Mulakan pembelian dengan kuantiti paling minimum dulu dan nilaikan sendiri si penjual/pembekal
    - Ini supaya anda tahu sama ada anda ingin meneruskan pembelian dengan penjual/pembekal tersebut,
    - Memastikan sendiri sama ada penjual/pembekal tersebut betul-betul boleh dipercayai


Sekian sahaja. Selamat bershopping secara online :)
HTML Comment Box is loading comments...