Sekarang ni dah semakin banyak website atau blog yang menawarkan produk secara pembelian online. Tapi masih ramai yang ragu-ragu sama ada betul atau tidak sesuatu website dan blog perniagaan tersebut.
Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum kita menjalankan aktiviti pembelian di internet bagi memastikan kita tidak ditipu dan kerugian wang sendiri.
Ok. Ini sedikit tips dari Sha sebelum anda shopping secara online terutamanya kepada yang baru nak berjinak-jinak dengan shopping online ni. Harap dapat membantu serba sedikit.
1) Sebelum shopping, pastikan betul-betul laman web shopping tersebut boleh dipercayai atau tidak.
- Cuba search di laman pencarian tentang web tersebut dan lihat sama ada terdapat mana-mana blog yang mengkritik web tersebut mahupun tidak.
2) Pastikan anda tahu apa yang tahu apa yang anda ingin beli
- Ini supaya anda tak membazir duit anda yand di dalam akaun dengan perkara-perkara yang tidak perlu.
3) Bila dah tahu apa yang anda ingin beli, lihat pada harganya.
-Nilaikan harganya + penghantaran berbanding harga di luar. Mana satu yang lebih menguntungkan.
-Kalau apa yang anda beli sukar dicari/tidak didapati diluar, bandingkan harga dengan web online shopping yang lain. (Ini supaya anda tidak menyesal kemudian..)
4) Kaji pembekal atau si penjual barangan atau perkhidmatan tersebut.
- Kaji latar belakang syarikatnya. Sama ada dari latar belakang baik atau tidak.
- Pastikan terdapat maklumat email,no telefon/alamat perniagaan tersebut. (Ini menunjukkan si penjual
sangat boleh dipercayai)
5) kaji pembeli terdahulu
- Lihat sama ada pembeli terdahulu memberikan tindak balas /komen positif terharap penjual/pembekal
- Lihat berapa banyak yang memberi tindakbalas negatif kepada penjual (Ini akan membuat anda berfikir
panjang sebelum membuat pembelian)
6) Mulakan pembelian dengan kuantiti paling minimum dulu dan nilaikan sendiri si penjual/pembekal
- Ini supaya anda tahu sama ada anda ingin meneruskan pembelian dengan penjual/pembekal tersebut,
- Memastikan sendiri sama ada penjual/pembekal tersebut betul-betul boleh dipercayai
Sekian sahaja. Selamat bershopping secara online :)
Puding Buah Berkuah
11 tahun yang lalu



